KYIV  – Ukraine menuduh Russia sengaja menyasarkan orang awam selepas 30 orang terbunuh apabila dua buah bas meletup di bandar barisan hadapan Kramatorsk, dalam salah satu serangan paling berdarah oleh Moscow sejak beberapa minggu lalu.

Presiden Volodymyr Zelensky berikrar serangan itu ‘tidak akan dibiarkan tanpa balasan’ selepas gambar dimuat naik pihak berkuasa tempatan menunjukkan rangka bas yang rentung, dengan mayat dan serpihan bertebaran di jalan raya.

“Russia cuba memusnahkan semua kehidupan di rantau  Donbas dan dunia mesti bertindak,”  kata  Zelensky di platform Telegram sambil memberi amaran bahawa jumlah kematian mungkin meningkat.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio turut  memberi amaran bahawa kebuntuan selepas hampir lima tahun perang  Russia-Ukraine tercetus adalah ‘sangat berbahaya’  dan boleh membawa kepada peningkatan konflik.