nurul.hidayah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2026 di Bukit Jalil, di sini, pada esok, ditangguhkan.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan tarikh baharu penganjuran itu akan diumumkan nanti tertakluk kepada pemulihan kualiti udara ke tahap selamat bagi aktiviti luar.
"Keputusan ini dibuat sebagai langkah proaktif dan berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada peserta, penganjur dan orang ramai.
"Bagaimanapun, penganjuran HSN di peringkat negeri dan peringkat lain-lain serta lokasi lain adalah tertakluk kepada situasi setempat dan ketetapan pentadbiran masing-masing.









