KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih interim skuad bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe enggan memikirkan mengenai pelbagai pendapat 'orang luar' berhubung masa depannya bersama Harimau Malaya.

Sebaliknya, pengendali berusia 58 tahun itu kekal dengan pendiriannya untuk menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Terdapat pelbagai pendapat atau pandangan daripada bekas pemain, pemerhati bola sepak tempatan dan peminat Harimau Malaya sama ada Cheng Hoe patut dikekalkan sebagai pengendali skuad kebangsaan atau tidak susulan prestasi menyerlah ketika Piala ASEAN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Richard scully seperti dilaporkan media sebelum ini menganggap FAM patut mengekalkan Cheng Hoe sebagai pengendali Harimau Malaya berdasarkan prestasi yang dipamerkan skuad itu ketika ini.