PUTRAJAYA: Kadar pengangguran menurun kepada 2.9 peratus pada Ogos 2026 berbanding tiga peratus pada Julai, dengan bilangan penganggur berkurangm 8,700 orang kepada 511,600 orang, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan mengenai Statistik Tenaga Buruh bagi Ogos 2026 yang diterbitkan hari ini, DOSM memaklumkan bilangan penduduk bekerja meningkat 0.2 peratus kepada 16.87 juta orang berbanding 16.85 juta orang pada bulan sebelumnya.

Selaras dengan perkembangan itu, bilangan tenaga buruh meningkat 0.1 peratus kepada 17.39 juta orang (Julai 2026: 17.37 juta orang), manakala kadar penyertaan tenaga buruh naik kepada 71 peratus daripada 70.9 peratus.

Menurut DOSM, kategori pekerja yang merangkumi 74.9 peratus daripada jumlah penduduk bekerja, meningkat secara marginal 0.1 peratus kepada 12.63 juta orang pada Ogos (Julai 2026: 12.62 juta orang).