kartika@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) memperkenalkan kad kredit CIMB Lite-i dengan kadar keuntungan tetap dan tidak dikompaun sebanyak 14 peratus setahun, selain tidak mengenakan yuran tahunan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin berkata, pengenalan kad kredit CIMB Lite-i mencerminkan komitmen kumpulan untuk menjadikan kemudahan kredit lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia.
Katanya, kad kredit berkenaan menyasarkan pengguna yang memerlukan kemudahan kredit praktikal pada kos lebih rendah, khususnya untuk mengurus perbelanjaan harian dan keperluan aliran tunai jangka pendek.
"Melalui penawaran seperti CIMB Lite-i, kami mahu membantu rakyat Malaysia mengurus kewangan dengan lebih yakin dan stabil, di samping membina daya tahan kewangan dalam jangka panjang," katanya dalam kenyataan.








