KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 dijangka memberi tumpuan lebih besar kepada usaha meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat, bukan sekadar meneruskan pemberian bantuan sedia ada demi bagi memastikan manfaat pelbagai reformasi ekonomi kerajaan benar-benar dirasai isi rumah.

Langkah itu penting bagi memastikan rakyat bukan sahaja mampu berdepan dengan kos sara hidup semasa, malah mempunyai pendapatan boleh guna yang lebih kukuh serta keupayaan membina simpanan dan aset untuk jangka panjang.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata empat belanjawan terdahulu sudah meletakkan asas menerusi reformasi seperti subsidi bersasar, Pangkalan Data Utama (PADU), e-Invois dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).