KUALA LUMPUR: Selepas enam tahun menanti, pelakon Azhan Rani akhirnya menarik nafas lega apabila filem aksi 'thriller' lakonannya, Bisikan, bakal menemui penonton di seluruh pawagam bermula 19 November depan.
Filem terbitan D Alpha Legacy yang turut menampilkan Vanidah Imran, Iman Zulkarnain dan Puteri Rayyana itu sebelum ini melalui beberapa proses suntingan selepas penggambaran selesai, termasuk bagi memasukkan kesan khas.
Azhan, 50, mengakui penantian panjang itu pernah membuatkan dirinya tertanya-tanya mengenai status filem berkenaan, apatah lagi dia sendiri sehingga kini belum berkesempatan menontonnya.
"Saya pun sampai tertanya-tanya juga bila filem ini akan keluar dan sama ada jadi atau tidak. Saya tak tahu maklum balas terhadap cerita ini macam mana.








