PUTRAJAYA: Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing yang dalam lawatan ke Malaysia diberi sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan beliau pada jam 8.55 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

#Putrajaya: Presiden Myanmar Min Aung Hlaing diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra hari ini, sempena lawatan rasmi dua hari ke Malaysia yang bermula semalam.

Beliau kemudian menandatangani buku pelawat sebelum mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

VideoBERNAMA

#BernamaNews

#MalaysiaMyanmar

— BERNAMA (@bernamadotcom) October 8, 2026
@bharianmy

Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing menandatangani buku pelawat sempena lawatan rasminya ke Malaysia di Bangunan Perdana Putra.

♬ original sound - Berita Harian