PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar semalam selepas disyaki menikam hingga mati seorang rakan senegaranya dalam kejadian di sekitar Maluri, Cheras, kelmarin.

Mangsa berusia 20-an disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada pukul 10 pagi akibat kecederaan parah di perut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menahan suspek di sebuah premis di sekitar Taman Maluri kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

“Suspek adalah lelaki warga Myanmar berusia awal 30-an, tidak bekerja dan tiada rekod jenayah lampau.