am@hmetro.com.my
Shah Alam: Cubaan sindiket mengaut keuntungan menerusi penyelewengan minyak diesel bersubsidi di negeri ini terbongkar semalam apabila diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Pengarah KPDN Selangor Muhamad Hanif Asa'ari berkata, serbuan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Pelabuhan Klang itu dilakukan di sebuah tapak pembinaan di Kuala Langat pada 5.15 petang hasil pemantauan dan risikan.
Katanya, menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) itu pihaknya merampas 8,050 liter minyak diesel dan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan dengan nilai keseluruhan sitaan dianggarkan hampir RM200,000.
"Pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat aktiviti pemindahan cecair disyaki minyak diesel daripada lori ke dalam tangki skid atau mudah alih.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FMenteriPendidikanTinggiZambryAbdKadir3_574200.png&w=480&output=webp&q=85&we)