Mayo, Ireland: Pegawai di sebuah daerah di Ireland sedang berusaha mengalihkan 'tetamu luar biasa' di kawasan pantai iaitu sebuah boya besar milik Kanada yang dipercayai hanyut merentasi Lautan Atlantik, lapor UPI.
Majlis Daerah Mayo dalam satu kenyataan berkata, boya Pengawal Pantai Kanada seberat kira-kira 3.8 tan (3,800 kilogram (kg) itu baru-baru ini ditemui terdampar di Pulau Achill, Daerah Mayo.
"Susulan menghubungi Pengawal Pantai Kanada, Majlis Daerah Mayo dimaklumkan bahawa boya mereka dikenali sebagai 'sangat mesra' dan kadangkala mempunyai tabiat mengembara jauh," katanya dalam kenyataan.
Majlis berkenaan kini merancang untuk memindahkan boya itu dari kawasan pantai ke lokasi yang lebih selamat.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FMenteriPendidikanTinggiZambryAbdKadir3_574200.png&w=480&output=webp&q=85&we)