KUANTAN: Penuntut politeknik masih terkejut dan sukar menerima pemergian tragis rakan baiknya, yang ditemukan meninggal dunia dipercayai dicekik selepas bertengkar dengan teman lelakinya.

Penuntut diploma yang enggan dikenali berkata, beliau pasti akan merindui kenangan mereka bersama sejak menuntut di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) tahun lalu.

Katanya, antara kenangan yang paling diingati ialah makan bersama-sama yang menjadi sebahagian daripada rutin persahabatan mereka.

"Kami biasanya akan berjumpa dan makan bersama. Dia seorang yang lemah lembut dan periang.

"Macam mana perkara ini boleh berlaku kepadanya? Banyak kenangan bersamanya dan saya tidak tahu macam mana kehidupan saya selepas ini," katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, hari ini.