austin@nst.com.my

Kuala Lumpur: Bukit Aman mengesahkan penahanan seorang juruterbang warga Malaysia berusia 49 tahun yang memiliki sebuah syarikat berhubung kait dengan jet peribadi yang disyaki terbabit dalam cubaan menyeludup lebih setengah tan syabu dari Laos ke Filipina.

Penahanan ini menjadikan jumlah keseluruhan juruterbang warga Malaysia yang ditahan berkaitan penyeludupan dadah kini seramai empat orang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan lelaki berkenaan dalam maklum balas ringkas kepada NSTP, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang menyediakan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.