London: Max Verstappen menegaskan dia lebih mementingkan kemenangan berbanding nama besar pasukan apabila bercakap mengenai masa depannya dalam Formula 1 (F1).
Juara dunia empat kali itu ditanya mengenai kemungkinan menyertai Ferrari, pasukan yang cukup terkenal dalam sejarah F1.
Verstappen mengakui menghormati Ferrari, namun nama besar pasukan berkenaan bukan sebab untuk dia berpindah.
"Saya hanya mahu menang. Saya bukan jenis yang mengenang masa lalu. Saya sangat menghormati jenama Ferrari, sudah tentu," katanya.
Pemandu Red Bull itu berkata, dia hanya berminat menyertai Ferrari jika pasukan berkenaan mampu menyediakan kereta yang boleh membolehkannya mencabar kemenangan.










