am@hmetro.com.my

Pontian: Tiga beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung lori di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, kira-kira 7 pagi, hari ini.

Mangsa membabitkan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 11 dan lapan tahun serta seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussian, berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

Kemalangan itu berlaku pada hari pertama penutupan sesi persekolahan di Johor selama dua hari susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu.