PONTIAN – Tiga beradik ditemui maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Parit Haji Sirat, Pontian di sini, pagi hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 7 pagi itu, difahamkan abang berusia 18 tahun dalam perjalanan membawa adiknya yang berusia 11 dan 8 tahun ke sekolah.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussian ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, kejadian masih lagi dalam siasatan dan polis akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga beradik dalam perjalanan ke sekolah maut bertembung lori appeared first on Kosmo Online.