zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman berhubung pegawai perubatan lantikan kontrak pada Belanjawan 2027 esok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sejak kembali menerajui KKM, cita-cita beliau sejak awal adalah untuk menamatkan perkhidmatan kontrak berkenaan.

"Ini sudah pun dipertimbangkan, mungkin kita perlu sedikit sabar menanti pengumuman yang bakal dibuat.

"Kita mengangkat pelbagai permohonan dan ada harapannya pada pembentangan belanjawan nanti," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.