KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengesyorkan kerajaan negeri mewartakan kawasan jelapang padi membabitkan 217,165 hektar di seluruh negara bagi membendung penyusutan tanah sawah.
Timbalan Menteri, Datuk Chan Foong Hin, berkata cadangan itu dikemukakan selepas kementerian memandang serius trend penyusutan keluasan sawah padi sejak lima tahun lalu.
Katanya, perkara itu turut dibincangkan menerusi mesyuarat bersama antara Menteri KPKM dengan EXCO Pertanian Negeri.
"Data menunjukkan penyusutan keluasan padi dari 2020 hingga 2025 merekodkan penurunan sebanyak 5,676 hektar di kawasan jelapang padi, manakala kawasan di luar jelapang padi pula menyusut sebanyak 2,810 hektar.










