KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji minimum sebelum ini meningkatkan gaji median atau penengah lebih pantas berbanding Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar (PPI), sekali gus menunjukkan bahawa pertumbuhan pendapatan lebih kukuh tanpa kesan ketara terhadap tekanan inflasi.

Menurut BIMB Securities Research, semakan gaji minimum sebelum ini turut menunjukkan kesan yang terhad terhadap harga pengguna dan pengeluar, dengan inflasi makanan kekal menjadi antara pemacu utama tekanan kos sara hidup.

Beliau berkata, makanan menyumbang sekitar 30 peratus daripada wajaran bakul IHP, sekali gus menunjukkan bahawa risiko kenaikan gaji minimum sebanyak RM2,000 untuk mencetuskan lonjakan inflasi adalah terhad.