syafiq.aznan@bh.com.my
Kuala Lumpur: Kualiti sedia ada dalam skuad kebangsaan cukup untuk membawa Harimau Malaya melangkah lebih jauh di pentas antarabangsa, sekali gus membuktikan potensi sebenar pasukan ini masih belum mencapai kemuncaknya.
Keyakinan itu dilontarkan tonggak pertahanan baharu negara, Brad Tapp yang menyifatkan proses pembentukan skuad Harimau Malaya kini berada pada landasan tepat menerusi gabungan dinamik antara pemain muda dan muka baharu.
Meskipun hadir dalam fasa transisi pasukan, Tapp menegaskan jurang keserasian bukan lagi isu utama kerana persekitaran positif dalam kem kebangsaan banyak membantu mempercepat proses integrasi pemain.
"Kami sentiasa mahu memberikan yang terbaik. Kami mempunyai ramai pemain muda dan beberapa pemain seperti saya yang baru menyertai pasukan.










