KUALA LUMPUR – Berdepan buli siber susulan dituduh atas kes dadah, pelakon Tisha Shamshir memilih kekal tenang serta menerima segala dugaan dengan hati terbuka.

Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam, 40, berkata gangguan menerusi laman sosial bukan sesuatu yang asing bagi individu dalam pekerjaan sama seperti dirinya.

“Itu perkara biasalah. Kalau orang biasa pun boleh diganggu, apatah lagi orang seperti saya, bukan?” katanya selepas sebutan semula kesnya di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tiba di mahkamah diiringi tiga pengawal peribadi, pelakon drama bersiri Gerak Khas 2.0 itu tampak tenang sebaik keluar dari kamar mahkamah sekitar pukul 10 pagi.

Ditanya mengenai representasi melalui peguam, pelakon berkenaan bagaimanapun hanya memberikan jawapan ringkas.