PONTIAN - Tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, pagi Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki berusia 11 dan lapan tahun serta seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussian mengesahkan kejadian berkenaan.Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.Difahamkan, ketiga-tiga beradik terbabit dalam perjalanan menuju ke sekolah.Kejadian itu berlaku pada hari pertama penutupan sesi persekolahan di seluruh Johor selama dua hari susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu.Sementara itu tular beberapa video dan gambar kejadian ngeri berkenaan tragedi itu.
Tragedi berdarah: Tidak tahu sekolah tutup, tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah

Key points
- PONTIAN - Tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, pagi Khamis.
- Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki berusia 11 dan lapan tahun serta seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.
- Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Tragedi di sekolah bukan sekadar soal keselamatan
- Utusan Malaysia Jerebu bertambah teruk, semua sekolah di Johor tutup esok
- Free Malaysia Today Semua sekolah di Johor tutup 2 hari mulai esok
- Harian Metro Melaka tutup sekolah jika IPU cecah 200
- Sinar Harian Tragedi berdarah: Tidak tahu sekolah tutup, tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolah (this story)








