am@hmetro.com.my

Melaka: Semua sekolah di Melaka akan ditutup sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah paras 200.

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata ketika ini bacaan IPU di negeri itu masih pada paras 172.

Beliau berkata, pemantauan kualiti udara akan terus dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid tidak terjejas akibat keadaan jerebu.

"Berdasarkan bacaan pagi ini setakat ini IPU masih belum melebihi 200. Kalau melebihi paras itu, kita akan tutup sekolah," katanya ketika dihubungi hari ini.