am@hmetro.com.my
Kajang: Niat seorang penuntut wanita menjual tiket konsert berharga RM600 yang dibelinya bertukar sebaliknya, apabila kerugian RM21,603 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian.
Mangsa yang berusia 23 tahun itu sebelum ini menawarkan tiket berkenaan pada harga RM600 menerusi satu aplikasi pada 2 Oktober lalu.
Menurut sumber, mangsa kemudiannya menerima mesej daripada individu menerusi aplikasi berkenaan pada 8 malam hari yang sama dan menyatakan minat untuk membeli tiket itu.
"Individu terbabit minta mangsa menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp sebelum mengarahkan mangsa menggunakan aplikasi telefon pintar bagi urusan pembelian tiket itu.






