KUALA LUMPUR - Gara-gara terpengaruh dengan iklan tawaran pinjaman wang menerusi Facebook, seorang doktor mengalami kerugian RM33,500 selepas menjadi mangsa penipuan pinjaman tidak wujud.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 37 tahun itu berminat membuat pinjaman secara dalam talian sebelum berurusan dengan seorang individu.Menurutnya, mangsa kemudian membuat lima transaksi ke empat akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM33,500."Mangsa kemudiannya diminta membuat bayaran tambahan namun mula berasa curiga sebelum menyedari dirinya dipercayai ditipu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, laporan polis dibuat pada 2 Oktober lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berurusan dengan suspek selepas tertarik dengan iklan pinjaman wang yang ditawarkan menerusi Facebook."Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu yang terlibat serta meneliti transaksi membabitkan empat akaun bank berkenaan," katanya.
Doktor rugi RM33,500 terpedaya iklan pinjaman wang tidak wujud

Key takeaways
A 37-year-old doctor lost RM33,500 after being scammed into making online loan payments through Facebook ads.
- A doctor in Malaysia lost RM33,500 to a loan scam.
- The scammer was contacted through a Facebook ad for a loan.
- The doctor made five transactions to four different bank accounts.
- Police are investigating the case under Section 420 of the Penal Code.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Doktor rugi RM300,000 ditipu bapa bekas penyanyi
- Sinar Harian Doktor rugi RM33,500 terpedaya iklan pinjaman wang tidak wujud (this story)







