am@hmetro.com.my

Besut: Seorang pengusaha bot pelancong di sini, kerugian RM135,680 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran pinjaman wang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, mangsa seorang lelaki berusia 38 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa melihat iklan tawaran pinjaman melalui aplikasi TikTok sebelum menghubungi pihak yang menawarkan pinjaman itu melalui aplikasi WhatsApp pada 25 September lalu.

"Mangsa kemudian diminta membuat beberapa bayaran sebelum pinjaman berkenaan diberikan.