mhafis@mediaprima.com.my

Ampang Jaya: Yakinkan pelabur projek Kad Prihatin Siswa membabitkan 20 universiti mampu menjana pulangan lumayan dan kononnya ingin membantu lebih ramai orang Melayu kaya sepertinya.

Itu taktik seorang lelaki bergelar Datuk yang juga bapa kepada bekas penyanyi memperdayakan pasangan doktor sehingga menyebabkan kerugian RM300,000 selepas melabur sejak 2023.

Malah dia turut mendakwa berkawan dengan pegawai tertinggi kerajaan dan kononnya minit mesyuarat projek ini juga sudah dihantar ke kerajaan dengan 620,000 pelajar akan menikmati kad terbabit hasil kerjasama dengan syarikat telekomunikasi terkenal.

Lelaki itu juga mendakwa projek berkenaan sedang berjalan di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak selain menjanjikan pulangan serta habuan percutian ke London atau umrah setiap tahun dengan menaiki kelas perniagaan kepada pelabur.