PETALING JAYA – Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 11.09 pagi ini, dan 11 daripadanya menghampiri bacaan 200.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kesemua kawasan berkenaan mencatat bacaan IPU antara 153 hingga 187, iaitu dalam kategori tidak sihat.

Daripada jumlah itu, Segamat, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 187, diikuti Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan (183).

Turut mencatat bacaan tinggi ialah Kluang (180), Pasir Gudang (179), Johan Setia, Selangor (178), Larkin (177) dan Rompin, Pahang (175).

25 kawasan lain adalah, Cheras, Kuala Lumpur dan Putrajaya (173), Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka, Melaka serta Tangkak, Johor (172), Shah Alam, Selangor (170), Batu Muda, Kuala Lumpur dan Port Dickson, Negeri Sembilan (169), Alor Gajah, Melaka (168), Klang dan Banting, Selangor (167), Balok Baru Kuantan, Pahang (166).