KUALA LUMPUR: Dua kawasan di negara ini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 10 malam, hari ini.
Berdasarkan maklumat terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), stesen pemantauan di Johan Setia di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 137, diikuti kawasan Nilai di Negeri Sembilan dengan bacaan 131.
Sementara itu, 60 kawasan lagi merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala enam kawasan mencatatkan kualiti udara tahap baik daripada keseluruhan 68 stesen pemantauan udara di seluruh negara.
Tiada sebarang kawasan direkodkan berada pada tahap Sangat Tidak Sihat (201 - 300) atau Bahaya (300 ke atas) buat masa ini.






