asyikin.mat@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Sebanyak 65 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat jam 4 petang, hari ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), antara kawasan mencatatkan IPU sederhana adalah Seri Manjung dan Cheras, masing-masing 96, Tasek Ipoh (90), Seberang Perai dan Seri Aman, masing-masing (89), Pegoh Ipoh, Batu Muda serta IPD Serian, masing-masing (87).
Sementara Minden dan Samarahan, masing-masing mencatatkan 85, Seberang Jaya (84), Tawau (82), Sungai Petani, Shah Alam serta Kuching, masing-masing (81), manakala Nilai (80).
Selain itu, tiga kawasan lain merekodkan bacaan IPU pada tahap baik iaitu Politeknik Kota Kinabalu 40, Limbang (38) dan Kota Kinabalu (34).






