KUALA LUMPUR - Seri Manjung di Perak merupakan satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu 108, setakat jam 9 pagi ini.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), sebanyak 62 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana manakala lima kawasan merekodkan IPU pada tahap baik.Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.- Bernama
Hanya Seri Manjung catat IPU tidak sihat
Story details
- Published
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian Hanya Seri Manjung catat IPU tidak sihat (this story)
- Harian Metro 65 lokasi catat IPU tahap sederhana jam 4 petang

