KUALA LUMPUR – Pelakon Gerak Khas 2.0, Tisha Shamshir memohon maaf kepada penerbit, Datuk Yusof Haslam susulan kes dadah membabitkan dirinya yang menjelaskan kredibiliti pengarah terkenal itu.

Tisha atau nama sebenarnya, Shanorbiah Shamsir Alam, 40, berkata permohonan maaf serupa juga ditujukan kepada ahli keluarganya berikutan kes yang kini masih dibicarakan di mahkamah.

“Saya ingin memohon maaf kerana saya sedar perkara ini sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik majikan saya, Datuk Yusof Haslam.

“Saya juga ingin meminta maaf kepada keluarga saya. Saya doakan yang terbaik sahaja.

“Apa pun, ujian daripada Allah itu memang hebat, memang berat. Saya terima dengan hati terbuka dan harap saya kuatlah,” kata Tisha selepas sebutan semula kesnya di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.