syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon drama bersiri Gerak Khas 2.0, Tisha Shamsir, memohon maaf kepada majikannya, Datuk Yusof Haslam selepas kes dadah membabitkan dirinya mencemarkan nama baik penerbit itu.
Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam, 40, ketika ditemui selepas sebutan kes dadah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini turut berharap agar dia diberikan kekuatan untuk menempuh ujian ini.
"Saya nak minta maaf. Saya tahu benda ini sedikit sebanyak mencemar nama baik majikan saya, Datuk Yusof Haslam. Saya minta maaf kepada keluarga saya juga. Saya doakan yang terbaik.
"Apapun, ujian daripada Allah itu memang hebat, memang berat. Saya terima dengan hati terbuka dan saya cuma harap saya kuatlah," katanya kepada Harian Metro.










