PETALING JAYA: Bekas Adun Merlimau, Dr Akmal Saleh, mahu seorang pengguna media sosial memohon maaf berhubung tuduhan mencuri dan menggunakan duit curi untuk membantu orang.
Ketua Pemuda Umno itu mahu pengguna media sosial berkenaan memohon maaf secara terbuka, dalam tempoh dua jam daripada masa Akmal menerbitkan kenyataan ini di Facebook.
"Jika tidak ada permohonan maaf, kita jumpa di mahkamah," katanya di Facebook.
Akmal menambah bahawa beliau tidak ada masalah berbeza pendapat, tetapi tidak boleh terima menuduh dan menghina bantuan kepada rakyat.






