Polis buka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Jempol, Shamsulkahar Deli, berhubung ucapan ketika berkempen pada PRN Negeri Sembilan, susulan laporan polis. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Siasatan polis terhadap Ahli Parlimen Jempol, Shamsulkahar Deli, berhubung ucapan ketika berkempen pada PRN Negeri Sembilan masih lagi diteruskan selepas Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) mengembalikan kertas siasatan kepada polis.

Menurut jawapan bertulis di laman Parlimen, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata polis merujuk kertas siasatan kepada PPN untuk penelitian dan arahan lanjut pada 21 Ogos.

Kertas siasatan itu dikembalikan pada 3 September dengan beberapa arahan lanjut untuk tindakan penyiasat.