KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperkukuh tindakan terhadap kes kecurian kabel, termasuk mempertimbangkan pindaan undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pelaku.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, langkah itu penting berikutan kes kecurian kabel yang bukan sahaja menyebabkan kerugian, malah menjejaskan operasi pengangkutan awam dan keselamatan pengguna.
Katanya, antara kes yang berlaku termasuk gangguan operasi Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya akibat kehilangan kabel yang dicuri sindiket.
“Memang KPKT sentiasa berinteraksi dengan KDN supaya kita bukan sahaja mungkin perlu pinda undang-undang supaya hukuman yang lebih berat dikenakan kepada kes kecurian kabel.






