London: Jurulatih Kanada, Jesse Marsch menggesa Manchester City dikenakan hukuman berat atas pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL), sambil mendakwa pengalamannya mengendalikan pasukan ketika berdepan kelab itu membuatkannya yakin wujud ketidakselarasan dalam cara mereka beroperasi.
City didapati bersalah atas pelanggaran serius peraturan kewangan EPL sepanjang sembilan musim dari 2009-10 hingga 2017-18, dengan liga mendakwa kelab itu menggunakan kontrak komersial 'palsu' bagi meningkatkan hasil dan mengurangkan kos lebih £900 juta (RM4.91 bilion).
Bagaimanapun, City menafikan sebarang salah laku dengan menyatakan keputusan itu mengandungi kesilapan material dari segi undang-undang, prinsip dan fakta. Kelab berkenaan mengemukakan rayuan pada Khamis terhadap keputusan suruhanjaya bebas itu.









/file/attachments/orphans/undang423_276515.png)