BENTONG – Proses siasatan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung insiden video tular membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis kini menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat berhubung insiden berkenaan, termasuk mengambil keterangan dan melengkapkan kertas siasatan sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Jalan yang paling betul, oleh kerana aduan telah dibuat maka pihak berkuasa iaitu polis akan menjalankan siasatan. Keterangan akan diambil, bukti akan dikumpul dan mereka akan lengkapkan kertas siasatan.