nurul.hidayah@hmetro.com.my
Ampang: Doktor yang ditugaskan ke Sabah dan Sarawak diberi ruang serta masa yang cukup untuk melaporkan diri bermula 30 September lalu hingga 7 Oktober nanti.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, ketika ini, masih terlalu awal untuk menilai tindakan dikenakan terhadap mereka sekiranya tidak melapor diri.
"Mereka diberi ruang, peluang dan masa untuk melapor diri pada 30 September hingga 7 Oktober ini.
"Jadi, saya rasa terlalu awal untuk kita menilai kerana masih ada beberapa hari lagi untuk mereka melaporkan diri," katanya ketika ditemui pada Program Santuni Pesara, di sini, hari ini.






