PETALING JAYA: Kementerian Perpaduan Negara membuat keputusan untuk tidak meneruskan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Negara (SKN), selepas membangkitkan semula cadangan itu pada April.
Menteri Aaron Ago Dagang berkata, keputusan dibuat selepas dua sesi libat urus melibatkan kumpulan masyarakat sivil, agensi kerajaan, pakar akademik, pemimpin masyarakat dan pihak berkepentingan lain bagi menilai keperluan, skop, implikasi, cabaran dan kebolehlaksanaan.
"Selepas mengambil kira pandangan semua pihak serta penelitian lanjut Kementerian, KPN memutuskan untuk tidak meneruskan penubuhan SKN sebagai entiti baharu," menurut jawapan bertulis di laman Parlimen.





