KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pagi ini, dengan Johor muncul negeri paling terjejas akibat keadaan jerebu yang semakin meruncing.Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Pahat mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 183, diikuti Kluang (169), Larkin (167), Segamat (165), Pasir Gudang (164) dan Tangkak (161).Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Nilai (159), Seremban (156), Kota Tinggi (155), Pengerang (154), Putrajaya (152), Bandaraya Melaka (152), Balok Baru, Kuantan (152), Rompin (151), Cheras (132), Kemaman (109) dan Indera Mahkota, Kuantan (106).Berdasarkan kategori APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 diklasifikasikan sebagai tidak sihat dan boleh menjejaskan kesihatan golongan sensitif seperti kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai penyakit pernafasan dan jantung.Sementara itu, 47 stesen pemantauan mencatat bacaan sederhana dengan nilai IPU antara 51 hingga 100.Antara kawasan yang hampir memasuki kategori tidak sihat ialah Bukit Rambai, Melaka; Paka, Terengganu dan IPD Serian, Sarawak yang masing-masing merekodkan bacaan 99.Di Lembah Klang, Batu Muda merekodkan IPU 98, Shah Alam dan Banting masing-masing 90, Petaling Jaya (89) serta Klang (82).Sebanyak empat kawasan masih menikmati kualiti udara pada tahap baik iaitu Minden, Pulau Pinang (50), Kangar, Perlis (39), Langkawi, Kedah (29) dan Balik Pulau, Pulau Pinang (26).Johor menjadi negeri paling terjejas apabila lapan daripada 10 bacaan IPU tertinggi negara direkodkan di negeri itu, menunjukkan keadaan jerebu yang lebih ketara berbanding kawasan lain.Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, memakai pelitup muka ketika berada di kawasan terbuka serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami sesak nafas, batuk berpanjangan atau iritasi mata akibat jerebu.Data IPU boleh disemak menerusi laman web APIMS yang dikendalikan Jabatan Alam Sekitar (JAS). - Awani
Jerebu: 17 kawasan di seluruh negara catat IPU tidak sihat

Key takeaways
17 kawasan di Malaysia mencatatkan IPU tidak sihat akibat jerebu, dengan Johor paling terjejas.
- Batu Pahat mencatatkan IPU tertinggi iaitu 183.
- IPU antara 101 hingga 200 diklasifikasikan sebagai tidak sihat.
- Johor memiliki lapan daripada 10 bacaan IPU tertinggi negara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Berita Harian Jerebu: Banyak kawasan rekod bacaan IPU sederhana
- Utusan Malaysia Sri Aman antara empat kawasan catat IPU tidak sihat
- Harian Metro Jerebu: Empat kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
- Sinar Harian Jerebu: 17 kawasan di seluruh negara catat IPU tidak sihat (this story)
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Pahat tertinggi




