SERDANG: Penyanyi rap, Tuju memohon doa peminat agar impian bergelar penulis skrip dan pengarah filem dapat direalisasikan dalam tempoh tiga tahun lagi, iaitu pada 2029.
Tuju berkata, dia sedang menyiapkan skrip filem sulung selain menyusun perancangan bagi merealisasikan impian yang sudah lama disimpan.
"Insya-Allah, saya akan mengarah filem dan sasaran saya adalah pada 2029. Sekarang saya masih menulis skrip dan menyusun perancangan untuk merealisasikan impian menjadi pengarah filem," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalka dirinya sebagai duta Spritzer Ion di sini, hari ini.
Menurut Tuju, minat menulis skrip tercetus daripada latar belakang sebagai penulis lirik yang sentiasa mencari cabaran baharu dalam berkarya.










