SEPANG: Pengendali interim skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengingatkan anak buahnya supaya tidak hanyut dengan pujian selepas mencatat kempen positif pada saingan sulung Piala ASEAN FIFA 2026 di Jakarta, semalam.
Harimau Malaya menamatkan saingan dengan rekod empat perlawanan tanpa kalah selain tidak bolos, sekali gus membantu skuad negara meraih tempat ketiga dalam kejohanan berkenaan.
Namun, Cheng Hoe berkata pencapaian itu tidak seharusnya membuatkan pemain berasa selesa, sebaliknya perlu dijadikan pencetus untuk mereka meningkatkan lagi prestasi masing-masing.
"Selepas keputusan tersebut, kita masih perlu mempertingkatkan prestasi individu. Kita tidak boleh hanyut dengan pujian kerana perjalanan kita masih panjang," katanya sebaik tiba bersama pasukan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini.










