am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tidak berpuas hati dengan tindakan rakan sekuliah yang memutuskan hubungan dipercayai menjadi punca seorang penuntut asing menceroboh kediaman keluarga wanita itu di Taman Sri Bintang, Kepong di sini, sebelum menyerang mangsa dan adiknya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati selepas wanita terbabit memutuskan hubungan mereka.

"Motif kejadian menjurus kepada rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang memutuskan hubungan mereka," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anuar berkata, suspek kini sedang menerima rawatan di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL).