ferzalfie@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Hadiah keseluruhan RM60,000 menjadi antara tarikan utama Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 yang membuka ruang kepada pemain berusia 16 tahun dan ke bawah dari seluruh negara untuk menguji kemampuan di pentas kompetitif.
Daftarkan regu bagi Zon Tengah-Selatan di https://forms.gle/jArxA3gGSeKd18aV9
Dianjurkan bersama McDonald's Malaysia dan Harian Metro, saingan akan berlangsung di Seremban untuk Zon Tengah-Selatan Jumaat ini, diikuti Zon Utara di Sungai Petani (16 & 17 Oktober) dan Zon Timur Gong Badak, Terengganu (20 & 21 November) sebelum pentas Grand Final di Kuala Lumpur pada 28 & 29 November.
Bagi peringkat zon, johan membawa pulang RM5,000 berserta piala dan medal, manakala naib johan menerima RM3,000 dan tempat ketiga bersama RM1,500.










