kartika@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menerusi Pusat Pengajian Islam, Umum dan Bahasa (CIGLS) menganjurkan Language Day 2026 bagi memperkukuh penguasaan bahasa asing selain meningkatkan pemahaman silang budaya dalam kalangan pelajar.
Program bertemakan 'Ni Hao Marhaban Bonjour: Bridging Cultures, Amazing Communities' itu memberi tumpuan kepada tiga bahasa utama dunia iaitu Mandarin, Arab dan Perancis, selain menggabungkan elemen pembelajaran bahasa, budaya dan interaksi antarabangsa.
Program berkenaan turut mendapat sokongan Kong Zi Institute Universiti Malaya (KZIUM) dan Al Motahida Education Group serta menghimpunkan pelajar, guru bahasa dan komuniti setempat dalam pelbagai aktiviti sepanjang program.









