KUALA LUMPUR – Kadar kebolehpasaran graduan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) meningkat kepada 95.1 peratus berbanding 93.5 peratus sebelum ini, seiring usaha institusi itu memperkukuh penguasaan pelbagai bahasa dalam kalangan mahasiswa.Naib Canselor UPTM, Profesor Dr Sharifah Syahirah Sy Shiekh berkata, penguasaan lebih daripada dua bahasa mampu meningkatkan essential skills atau kemahiran asas yang amat diperlukan oleh industri masa kini."Apabila pelajar mempunyai kelebihan menguasai lebih daripada dua bahasa, ia secara langsung memperkukuh essential skills yang sangat diperlukan industri."Kemahiran ini memberikan kelebihan daya saing yang ketara kepada graduan," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Language Day 2026 bertemakan ‘Nĭ Hǎo • Marhaban • Bonjour: Bridging Cultures, Amazing Communities’ di kampus UPTM pada Khamis.Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Zahari Aziz.Menurut beliau, UPTM kini sedang meneliti penambahan beberapa bahasa moden baharu termasuk bahasa Sepanyol dan bahasa Korea berdasarkan keperluan semasa pasaran global serta industri.Bagaimanapun, katanya, pengukuhan bahasa Mandarin dan Arab kekal menjadi keutamaan memandangkan peranan kedua-dua bahasa itu yang besar dalam sektor perdagangan antarabangsa serta jumlah penuturnya yang tinggi di seluruh dunia.Menerusi penganjuran Language Day 2026, UPTM mengetengahkan tiga bahasa utama yang menjadi subjek teras kursus bahasanya iaitu Mandarin, Arab dan Perancis selain bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Bagi memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada tahap terbaik, universiti itu turut memberi penekanan kepada pembangunan serta pemantapan tenaga pengajar bagi setiap bahasa yang ditawarkan.Usaha berkenaan disokong oleh Pusat Pembelajaran Bahasa atau Center for Innovation in Language (CIGEL) yang berperanan menyelaras semua subjek berteraskan bahasa di UPTM bagi memastikan kurikulumnya kekal relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan.Sementara itu, Zahari berkata, penguasaan pelbagai bahasa antarabangsa bukan sahaja meningkatkan keupayaan komunikasi seseorang, malah menjadi jambatan yang menghubungkan budaya dan memperluaskan pemahaman antara masyarakat."Bahasa bukan sekadar alat untuk menyampaikan maklumat, tetapi merupakan jambatan yang menghubungkan manusia, merapatkan jurang perbezaan, membina kefahaman dan membuka peluang untuk mempelajari budaya serta cara hidup masyarakat lain," katanya.Program yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Islam, Umum dan Bahasa (CIGLS) UPTM itu turut mendapat sokongan Alliance Française de Kuala Lumpur, Kong Zi Institute Universiti Malaya (KZIUM) dan Al Motahida Education Group.Language Day 2026 menggunakan pendekatan experiential learning atau pembelajaran berasaskan pengalaman menerusi pelbagai aktiviti seperti reruai bahasa, pemburuan harta karun bahasa, pameran kebudayaan, kuiz, pertandingan pengucapan awam dan persembahan kebudayaan.Pendekatan tersebut membolehkan peserta mempraktikkan bahasa yang dipelajari dalam situasi sebenar, di samping membina keyakinan diri, kreativiti, kemahiran komunikasi, kepimpinan dan semangat kerja berpasukan.Program itu turut menerapkan elemen Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) dengan penglibatan pelajar sebagai peserta, ahli jawatankuasa pelaksana serta fasilitator.Language Day 2026 melibatkan pelajar daripada empat sekolah kebangsaan dan antarabangsa di sekitar Lembah Klang, selain guru bahasa serta komuniti setempat, dengan penyertaan lebih 366 peserta.Penganjuran program tersebut memberi ruang kepada pelajar untuk memperkukuh kemahiran bahasa dan komunikasi, memahami kepelbagaian budaya serta berinteraksi dengan komuniti yang lebih luas selaras dengan hasrat UPTM melahirkan graduan berdaya saing dan beraspirasi global.
UPTM wajibkan bahasa ketiga, kebolehpasaran graduan capai 95.1 peratus
Wajibkan bahasa ketiga beri kelebihan bersaing dalam pasaran kerja

Key takeaways
The University of Poly-Tech Malaysia (UPTM) has increased its graduate employability rate to 95.1%, up from 93.5%, by strengthening its students' proficiency in multiple languages.
- UPTM's graduate employability rate has increased to 95.1%.
- The university is researching the addition of new languages, including Spanish and Korean.
- Mandarin and Arabic remain priorities due to their importance in international trade and high number of speakers worldwide.
- UPTM's Language Day 2026 event promoted three main languages: Mandarin, Arabic, and French, alongside Malay as the national language.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗





