GUA MUSANG: Lelaki warga asing dipercayai tertimbus tanah runtuh di rumah kongsi kebun sayur Tanah Tinggi Lojing, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli, berkata pihaknya menerima makluman tentang kejadian terbabit pada jam 4.12 petang.
Katanya, pasukan ke tempat kejadian yang jaraknya 92 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang dan tiba pada jam 5.30 petang untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Terdapat runtuhan tanah dengan ketinggian 50 meter dari cerun.
"Maklumat awal diperolehi mendapati runtuhan membabitkan rumah kongsi di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.






