Oleh Essa Abu Yamin
essabuyamin@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin hari ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendesak siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Laporan yang dibuat di Pejabat SPRM Kuala Lumpur itu menuntut siasatan menyeluruh dan bebas berhubung isu percanggahan perbelanjaan bernilai RM2.1 bilion yang membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Beliau berkata, langkah itu menyusul selepas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, pada 1 Oktober lalu dilaporkan berkata suruhanjaya berkenaan sedia menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima aduan rasmi.









