Chong Zhemin bersama beberapa wakil rakyat DAP termasuk Lim Guan Eng ketika hadir untuk membuat laporan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung peruntukan bagi projek Jalan Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Wakil rakyat DAP itu menggesa agensi antirasuah itu menyiasat peranan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berhubung perbezaan RM2.1 bilion antara peruntukan dan perbelanjaan bagi projek jalan luar bandar itu.

Chong berkata laporan itu dibuat di pejabat SPRM Kuala Lumpur hari ini susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman bahawa agensi berkenaan akan menyiasat perkara itu selepas menerima aduan rasmi.